Klik pada gambar.

Selamat datang ke blog pusat sumber SmkSenaling.

Sejarah Sekolah


          SMK Senaling terletak di Pekan Senaling iaitu 5 kilometer dari Pekan Kuala Pilah.
          Permulaan sesi persekolahan menumpang di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah pada sesi petang. 
          Menumpang di dua buah blok bangunan yang menempatkan sebuah blok untuk pentadbiran (pejabat dan bilik guru) dan satu blok lagi dijadikan bilik darjah dengan  sebuah kelas untuk tingkatan dua, sebuah kelas untuk tingkatan empat dan tiga kelas untuk tingkatan satu.
          Encik Zakaria bin Sulaiman dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sebagai ‘caretaker’ dengan melaksanakan pengoperasiannya mulai 11 November 2003 dibantu oleh seorang pembantu tadbir, Encik Mohd. Nadzri bin Abd. Kadir.
          Jumlah guru yang hadir mesyuarat guru kali pertama persekolahan seramai 14 orang.
          Sesi persekolahan hari pertama bermula 5 Januari 2004.  
          Bermula dengan 3 kelas tingkatan 1 iaitu 1A (35 orang), 1B (34 orang) dan 1C (33 orang), tingkatan 2 seramai 41 orang  dan tingkatan 4 seramai 25 orang. 
          Jumlah murid yang mendaftar pada hari pertama persekolahan seramai 168 orang.
          Murid-murid terdiri daripada kaum Melayu dan India.
          Bangunan SMK Senaling yang sepatutnya diserahkan pada 1 September 2004 terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan.  Menduduki bangunan kekal sejak 3 Januari 2005 dengan kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4, 2005 (110 pelajar). 
          Terdapat 2 orang murid keturunan Cina mendaftar tingkatan satu. Keseluruhan murid berjumlah 332 orang.
          SMK Senaling menawarkan pakej mata pelajaran elektif Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Geografi dan Pendidikan Seni Visual untuk pelajar SPM. 
          Calon SPM 2005 seramai 18 orang dan PMR seramai 42 orang. 
          Pada tahun 2006 SMKS menawarkan aliran sains tulen (Fizik, Biologi dan Kimia) kepada murid-murid tingkatan 4.
          Mulai ogos 2008 terdapat kemasukan 4 orang ketua bidang (Bahasa, Kemanusiaan, Teknikal dan Sains).
          Pada tahun 2009, terdapat 34 orang guru dan 7 orang staf sokongan.  Bilangan murid pula seramai 341 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.